Friday, November 14, 2014

kita berbeza.


" kau pernah dengar lagu pasal sahabat ? "

"haha, soalan hambar apa seh?"

"hish, maksud aku lagu demascus - kita berbeza ? "

"oh, kau ni pun, habaq lah awal2, kalau lagu sahabat tu da naik lali aku dengar, kalaulah dilistkan aku rasa dakwat pen pun tak cukup."

"cis, merepek hambar apa kau buat? aku macam nak cepuk pun ada. -.-"

"haha. okay. okay. straight to the poit please"

"ceh, poyo pulak kau. kalau ye pun jawablah soalan aku dulu, kau ni."

"ha? soalan? mana ada kau tanya? oh, oh, haha! sori lah bro, asal? aku pernah dengar lagu tu."

"kau tahu, lagu tu ada seorang budak ni bagi, tak lah budak sangat senior aku, haha. first time aku dengar macam tak best tetiba aku tertarik pulak, sebab dia ada maksud yang mendalam"

"so?"

"cis, kau ni! geram pulak aku,"

"haha! tenang ah, adoi, tak yah lah, nk emosi sangatlah, okay, okay, sambung lah"


"taklah, aku cuma, rasa kagum! cuba kau dengar balik"

"jab aku bukak"

....................



"erm, ha'ahlah, kenapa aku baru menyedari itu semua?"

"kau pehal tetiba nak sekma bagai `baru menyedari itu semua` konon"

"haha, biarin deh~"

"what ever. btw, kau faham bukan?"

"ohyeah, aku faham, kenapa kau suka gila lagu ni, haha!"

"kannn, lucu ke? yang kau gelak pehal?"

"tak, aku cuma tetiba teringat jamuan asrama"

"ha?"

"cuba kau tengok balik gambar ni?"

"masyaAllah, sister! wa, sumpah, rindu gaban time nii"

"adoi, agoklah, tak perlu lah nak sumpah bagai"

"haha, itu bermakna aku terlalu rindu makchik!"

"haha, *hambar* papejelah, btw, lagu tu berkaitan dengan kita?"

"of coz! sebab kita BERBEZA, rupa paras minat cita rasa, tak serupa pemikiran, banyak yang berbeza.."

"ye,ye aku tahu, tak yah nak nyanyi sangatlah"

"eh, biolah, :p"

"haha, kau ni makin merepek hambar kau"

"tak usah dikacau"

*gelak serentak*

                                                            ............................


telah aku sedari, sesungguhnya setiap pertemuan pasti ada perpisahan, benarlah.

berat, sungguh tk aku menafikan.

perpisahan perlu dihadapi.

  "Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara, maka perdamaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah, dan bertakwalah kamu kepada Allah, moga-moga kamu mendapat rahmat."
(Surah al-Hujurat 49:10)

     "Tidak beriman seorang kamu itu melainkan dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri."
(Riwayat al-Hadis)

_faqihnafiddin_

Tuesday, November 4, 2014

perpisahan itu?





Tidak pernah dirancang
Semuanya  diatur kemas oleh yang di atas…
Yang Maha Mengetahui suara-suara hati nurani,
Yang Maha Berkuasa membolak balikkan hati insani,
 naluri yang mengimpikan teman pendamping di sisi…
Walaupun bukan aku yang kau harapkan
Namun akulah yang hadir dalam hidupmu
 Mungkin kehadiranku tidak pernah kau nanti
Namun tidak pernah ku kecewa
Apatah lagi kesal di hati ini
 Malah aku amat mensyukuri pertemuan ini
 Kerana dengannya
Terjalin ikatan antara dua hati
Perpisahan
Ternyata amat menyakitkan
Sering kali mengundang air mata
Keindahan dan kebahagiaan yang kita nikmati bersama
Bagaikan disentap pergi serta-merta
Walaupun begitu
Ingatlah…
Bertemu dan berpisahnya kita kerana Allah
Terimalah dengan penuh redha…
Sekiranya ingatanmu singgah padaku
Kirimlah sepotong doa tika itu.

Saturday, October 19, 2013

jangan risau :)







walaupun kecil bantuan yang dihulurkan itu ,

namun jika disertai dengan ikhlas ,
sungguh impaknya terjangkau oleh imaginasi kita ,

hakikatnya .

bantuan ALLAH sering ada dimana-mana ,
dalam pelbagai bentuk 
dan
 kadang-kadang disampaikan
melalui perantaraan orang yang berada berdekatan dengan kita .


sweetkan DIA . 
terharu . :']

Friday, September 13, 2013

Bingung .





aku bingung .
adakah perasaan ini . 
benar mahupun tidak .
terkadang keliru dengan perasaan sendiri .
tak tahu harus ikut yang mana ?

kata hati ? akal ? atau ikut perasaan ? atau nafsu? 
oh , tdk nafsu iu kejam . jika diikutkan sudah tentu kau akan sesat . tapi . aku keliru .
sungguh keliru . terasa igin mendaki bukit yang amat tinggi lalu mnjerit dengan sekuat hati .
orang kata, dengan cara itu dapat mengurangkan rasa beban?.

tapi, aku masih tak faham . benarkah itu?!
argh ! karut . mana ada semua itu . fatamorgana semata2 .

hey! masih tk sedar kah ?! bangkitlah.
bukan begitu cara nya. 
cuba kau fikir dengan logik akal .
jika Allah tak izinkan takkan berjayalah .

daripada kau lakukan smua itu . lebih baik kau bagun malam. Qiam barangkali .
dan masa itulah kau cuba buang segala hal duniawi yang membingung kan dan menyerabutkan .

dan masa itulah kau menjerit, menangis . dan suka hati kau mahu buat apa. megadulah sepuas hati kau luahkan segalanya . jangan di pendam. mengadulah2 . maka , dengan itu Allah akan tunjukkan segala2nya .
bahawa engkau harus kut yang mana .
kata hati? perasaan ? mahupun akal . benar?!

insan,
sedarlah sesungguhNya DIA . iya DIA iyakni Allah sungguh merindui tangisan-tangisan kamu yang sekian lama makin menghilang . apa kamu masih tidak menyedari ?!! setiap ujian yang diberi ade mksud . krna DIA menyanyangimu 
[47:31] .

Monday, May 6, 2013

bukti.

             "mereka menipu Allah dan orang2 beriman padahal mereka hanyaLah menipu diri mereka sendiri , tanpa mereka sedari , lalu Allah menambah penyakit itu dan mereka mendapat azab yang    
                                         pedih kerana mereka berdusta "
                                                                                          (al-baqarah:9-10)
#sungguh Allah itu adil

Sunday, May 5, 2013

hargai.

                            

           hargai pertemuan
kerana disitu ada kerinduan
dan sayangiLah perpisahan
kerana diSitu ada kesedihan.

#bertemu berpisah kerana Allah